Tuesday, 31 December 2019

2019

Secara amnya menulis memang bukan 'passion' aku walaupun aku suka membaca. 2019 berlalu tanpa sebarang posting baru sehingga hari ini. Tabik hormat aku untuk blogger-blogger yang rajin menulis terutamanya brader Berteromber yang update blog hampir setiap minggu.

Dalam tahun 2019, buat pertama kalinya aku membeli album dalam format vinyl walaupun turntable masih belum ada. 2 keping album dari band Current 93, re-issue album Thunder Perfect Mind dan album terbaru berjudul The Light Is Leaving Us All.  Album Thunder Perfect Mind dikeluarkan dalam tahun 1992 dan vinyl re-issue ini aku beli keluaran tahun 2017.  Album terbaru, The Light Is Leaving Us All dikeluarkan dalam bulan Oktober 2018 dalam format cd, vinyl dan 3 versi kaset dengan berlainan warna. Untuk album terbaru ini, kebanyakan pemain muzik aku rasa adalah orang baru kecuali Andrew Liles (Nurse With Wound) yang bekerjasama dengan David Tibet dari permulaan penubuhan Current 93.  Macam biasa, konsep muzik gabungan irama melancholy + folk disulami dengan syair dari vokal David Tibet yang indah.
Thunder Perfect Mind & The Light Is Leaving Us All (versi kaset + vinyl)
Dalam tahun ini juga, seorang sahabat cuci tangan dengan menjual hampir kesemua koleksi cd blues/rock miliknya. Aku sambar 5 album dari King Crimson dan 1 album dari band Yes. Tak cukup dengan itu dia offer pulak boxset Led Zeppelin. Gagal mengawal nafsu kerana harga yang murah, aku beli jugak walaupun aku bukannya peminat Led Zep. Bila ditanya mengapa jual, jawapannya kerana sekarang beliau selesa mendengar lagu di Spotify.


Untuk bahan bacaan pula, beberapa buku lama dan 2 buku baru karya Stephen King dibeli. "The Institute", sebuah novel science fiction thriller dikeluarkan dalam bulan September lepas dan "Elevation" merupakan novela kisah misteri yang dikeluarkan dalam tahun 2018. Kedua-dua buku ini mempunyai  jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan.



Akhir kata, selamat menyambut tahun masehi 2020 dan semoga hidup kita semua bertambah baik dan berkat.

3 comments: