Thursday, 25 May 2017

The Moons At Your Door


Sudah hampir setengah tahun tak update dan jenguk blog ni kerana ketandusan idea. Jadi, untuk memastikan blog ni terus hidup aku cerita la sikit pasal buku yang baru je mendarat minggu lepas. buku ni aku beli secara talian dari Wordery.com setelah pencarian di kedai-kedai buku tempatan gagal dan ini adalah pertama kali aku beli buku secara talian dari luar Malaysia.

Buku bertajuk The Moons At Your Door ini adalah himpunan 30 kisah seram/misteri klasik dan diselitkan puisi-puisi english kuno. Segala karya dalam buku ini disusun dan dihimpunkan oleh David Tibet (frontman band Current 93) dari beberapa orang penulis cerpen yang terkenal dan tidak terkenal. Dalam posting-posting aku sebelum ni pernah aku ceritakan sedikit tentang David Tibet/Current 93 dan aku sentiasa mencari peluang untuk mengumpul segala karya-karya beliau sekadar yang mampu. Sebelum buku ini dicetak, Current 93 telah mengeluarkan album dengan tajuk yang sama dan mengandungi 2 buah lagu. Buku ini dikeluarkan tahun lepas dan diterbitkan dibawah label penerbitan Strange Attractor Press. Cetakan pertama adalah versi hardcover yang dicetak sebanyak 500 naskah dengan harga yang tidak mampu milik. Selepas beberapa bulan, versi paperback dikeluarkan sebanyak 2000 naskah dengan harga lebih ekonomi dibawah syarikat penerbitan yang sama. Kisah-kisah fiksyen berkaitan Syaitan, Sihir, dan keagamaan yang terdapat dalam cerpen-cerpen ini turut menjadi sumber inspirasi kepada Current 93. Dari koleksi cerpen dalam buku ini aku baru sempat membaca 3 buah cerpen sahaja dan seperti yang aku jangkakan, kebanyakan penulis cerpen dalam buku ini adalah kelahiran UK. Nama-nama penulis seperti Count Stenbock, MR James, HR Wakefield dan lain-lain penulis dalam buku ini sangat asing bagi aku kerana penulis kisah seram/misteri awal abad ke 20 yang aku kenal hanyalah HP Lovecraft dan Edgar Allan Poe.


Mukadimah buku ini ditulis oleh David Tibet yang turut menyelitkan pengalaman seram beliau ketika masih kanak-kanak, yang ketika itu masih di Batu Gajah, Perak. Kisah beliau berjumpa hantu di Kellie's Folly (Kellie's Castle) turut dimuatkan dalam mukadimah buku ini. Aku menjangkakan yang aku akan mengambil masa untuk khatam buku ni dek kerana corak penulisan bahasa inggeris british klasik yang kadang-kala sebaris ayat pun aku susah nak faham. Sekian

"I have drawn many ghosts with me, as we all have, and as we all will". David Tibet