Tuesday, 4 October 2016

HYPNOPAZUZU- Create Christ, Sailor Boy


Hypnopazuzu, sebuah band projek kerjasama diantara Micheal David  Tibet (Current 93) dan Martin 'Youth' Glover yang merupakan bassist dari band rock british, Killing Joke. 32 tahun dahulu, Tibet dan Youth pernah bekerjasama dalam album pertama Current 93, Nature Unveiled. Create Christ, Sailor Boy adalah keluaran pertama mereka sebagai Hypnopazuzu yang dikeluarkan dalam bulan Ogos lepas.

Cover album versi lukisan dari Youth bertajuk "No Desire Without Restraint"
Cover album versi lukisan dari David Tibet bertajuk "In The Night I Have Heard The Chariots Breathing II"
Terdapat 10 buah lagu berhantu dan penuh aura dalam album ini. Konsep album adalah gabungan dari segala bunyian psychedelic/hallucinatory folk, space dan ambient. Lirik-lirik lagu dalam album ini ditulis oleh Tibet dan muzik adalah sepenuhnya dari Youth. Seperti yang telah aku jangka, hampir kesemua lagu dalam album ini adalah mirip lagu-lagu dari Current 93 dan bezanya adalah adunan muzik dari Youth lebih banyak menggunakan synthesizer dan bunyian digital. Lirik-lirik lagu juga masih berkisar tentang akhir zaman dan alam semesta dan ianya sudah sinonim dengan segala karya-karya David Tibet.


Terdapat 2 versi kulit hadapan album ini dengan lukisan dari Tibet  iaitu "In The Night I Have Heard The Chariots Breathing II"  dan lukisan "No Desire Without Restraint" dari Youth. Album ini dikeluarkan di bawah label House of Mythology dalam format vinyl dan cd. Untuk penggemar muzik ambient/soundscape dan sewaktu dengannya bolehlah mendapatkan album ini. Kesemua lagu juga bervokal dan tiada lagu instrumental.