Friday, 9 September 2016

Joyless- Wisdom & Arrogance

Joyless merupakan band projek dari 3 anggota band black metal Norwary,  Forgotten Woods. Wisdom & Arrogance adalah album kedua Joyless yang dikeluarkan dalam tahun 2000 dan telah diulang cetak sebanyak 2 kali dibawah label No Colour Record. Secara amnya, muzik album ini adalah pop/rock, dan konsep album ini dilabel sebagai depressive rock, walaupun pada aku kebanyakan lagu dalam album ini bernada happy dan mungkin 'depressive' itu hanya pada lirik-lirik lagu mereka sahaja. Album pertama Joyless, bertajuk Unlimited Hate adalah berkonsepkan heavy/black metal dengan pengaruh avantgarde. Namun, apabila Wisdom & Arrogance ini diterbitkan, elemen metal digugurkan dan ianya seumpama album experimental Joyless dan mereka turut merekrut vokalis baru (penyanyi wanita). Ketika zaman album ini dikeluarkan, sesetengah band-band metal Skandinavia juga sudah mula dengan konsep album campuran pelbagai elemen muzik selain metal.

Pengenalan aku pada band ini adalah ketika mendengar cd kompilasi majalah metal Norway, Oskorei mag isu #5, dimana sebuah lagu Joyless bertajuk Divine telah dimuatkan dalam kompilasi tersebut. Aku memiliki cd album kedua mereka versi cetakan ketiga yang memuatkan 13 buah lagu, 3 darinya adalah lagu bonus. Kebanyakan lagu dalam album ini dinyanyikan oleh Ida Hellebo dengan nyanyian yang sangat bersahaja. Tone vokal juga kadang-kala tak konsisten dan amat sesuai dengan konsep muzik mereka. Setakat ini Joyless telah merakamkan 3 buah album. Album terakhir masih kekal dengan konsep depressive rock yang dikeluarkan dalam tahun 2011 sebelum mereka terus menyepi.

1 comment: