Friday, 25 March 2016

STORMING STEELS- EVIL THRASHING AGGRESSOR


Evil Thrashing Aggresor merupakan album terbaru dari band old-school Thrash Metal dari Kedah, Storming Steels. Album ini baru sahaja dikeluarkan dibawah label Thrashing Fist Productions yang merupakan label kepunyaan vokalis band ini, CS Wild. Album ini dikeluarkan dalam format CD dan terhad sebanyak 500 keping sahaja. Album ini mengandungi 13 lagu old-school Thrash metal yang jahat-jahat belaka. Daripada 13 buah lagu, terdapat 4 buah lagu saduran dari band Darkness, Necronomicon, Whiplash dan Braindead. Tiada lirik lagu disertakan dalam album ini, namun jika dilihat dari tajuk2 lagu dalam album ini, semuanya "evil" belaka.




Secara keseluruhannya, album ini mungkin dihasilkan dengan budget yang rendah. Nada bunyi dalam album ini sangat "raw" dan mendengar album ini  seolah-olah mendengar demo-demo band metal luar negara di era 90'an. Diakhir lagu kedua, terdengar suara anggota band bercakap, seolah-olah rakaman live tanpa suntingan. Diakhir lagu keempat pula, sound bass terlajak setelah lagu habis. Lagu kelima pula, permulaan sedikit cacat dek kerana ada bunyian nyaring speaker. Lagu-lagu yang lain pula kedengaran ok dan lagu keenam, Aggressive Thrashing Return merupakan lagu favourite aku dari album ini. Lirik-lirik lagu dalam album ini ditulis sepenuhnya oleh CS Wild sendiri dan kedengaran perkataan evil dan hell diulang-ulang dalam setiap lagu. Bagi penggemar muzik early Black/Thrash Metal dan peminat band-band Speed/Thrash metal dari Amerika Selatan, mungkin album ini dapat memuaskan nafsu mereka. Pandangan peribadi aku, sedikit sound editing yang pro sebelum mengeluarkan album ini amat membantu dan mungkin album ini akan jadi lebih mesra pendengar. Bagi album metal tempatan dengan 9 buah lagu ciptaan sendiri dan berkonsepkan metal purba boleh dikatakan amat membanggakan dan seharusnya keseluruhan rakaman album dibuat bersungguh-sungguh. Album ini boleh dibeli dari CS sendiri di laman facebook: Thrashingfist Prods dan dikhabarkan dalam masa seminggu, sudah 100 keping cd album ini terjual. Untuk pembelian by-hand, bolehlah ke majlis gig Extreme & Obscure Conjuration yang bakal berlangsung esok di Insider Satellite Ipoh, dimana Storming Steels akan membuat persembahan bersama As Sahar, Neftaraka dan beberapa buah band tempatan yang ganas-ganas belaka. Sekian