Monday, 1 February 2016

God Bless, Crossfire & Aircraft

Entri untuk 2016. Memang lambat sebab sindrom malas mula menyerang. Permulaan 2016 ni aku ceritakan tentang 3 CD dan 1 kaset yang baru disambar pada Sabtu lepas. 

Cd 1: God Bless- Semut Hitam (re-issue) 
Rasanya ramai sudah tau pasal band rock lagenda dari Indonesia ni. God Bless adalah sezaman dengan band Sweet Charity dan banyak mempengaruhi konsep band rock nusantara pada zaman tu. Semut Hitam merupakan album ketiga God Bless, yang dikeluarkan dalam tahun 1988. Album ini merupakan album terlaris yang pernah dihasilkan God Bless. Beberapa tahun lepas aku dapat beli cd cetak rompak album ni di Amcorp Mall dan aku masih ingat masa tu aku beli sekali cd album pertama Blues Gang, Any Time Any Day, juga versi cetak rompak. Masa tu nak cari yang original memang takkan dapat dan album re-issue pun tak banyak macam sekarang. Cd re-issue ini aku beli di kedai uncle Lim di Campbell Complex. Terdapat 10 lagu dalam album ini dan tak ada lagu rock leleh dan lagu2 cintan. Lirik2 lagu dalam album ini sarat dengan mesej2 kemasyarakatan dan kehidupan zaman itu, dan mungkin kerana penglibatan Iwan Fals dalam penciptaan lagu sedikit mempengaruhi lirik2 dalam album ini. Lagu Trauma, hasil ciptaan Iwans Fals dan drummer God Bless menjadi antara lagu favourite aku dari album ini dek kerana sound yang heavy dan fast. Penyanyi, Achmad Albar dan gitaris Ian Antono merupakan tonggak band ini dan sering dijemput sebagai penyanyi dan pemuzik undangan di dalam konsert2 Ramli Sarip dan Sweet Charity. Menurut Ramli Sarip, God Bless adalah antara pengaruh kuat untuk Sweet Charity merakamkan album pertama mereka. Dalam konsert Ramli Sarip di Istana Budaya tahun 2014, pertama kali aku menyaksikan Achmad Albar menanyi live depan mata membawakan lagu2 Godbless, Duo Kribo dan duet bersama Ramli Sarip untuk lagu Zakiah yang penyanyi asalnya adalah Achmad Albar sendiri.


Versi cetak rompak

Cd 2: The Best of God Bless 
Album ini adalah album kompilasi lagu2 God Bless yang diambil dari album2 selepas album Semut Hitam. Ada 14 lagu rock2 belaka dan kebanyakan lagu diambil dari album Raksasa yang dikeluarkan dalam tahun 1989 dan hampir semua lagu dari album ini aku tak pernah dengar lagi.

Cd 3: Crossfire- Fatamorgana (re-issue)
Fatamorgana merupakan album pertama dari band rock melayu, Crossfire. En Berteromber telah mengulas album ini secara details di sini: Berteromber. Aku tak beberapa familiar dengan Crossfire dan sebelum membeli cd ini aku hanya tau lagu Hidup Satu yang heavy tu sahaja. Lagu Realiti dan Fantasi masa zaman dulu selalu dengar dekat radio dan yang lawaknya aku tak tau lagu ini Crossfire yang main hahaha. Lagu pilihan aku untuk album ini adalah Hidup Satu, Fatamorgana, Kebangkitan, Batu Bersurat, Emosi dan Bahang Kota. Terbaik album ni dan tak rugi beli kalau minat heavy rock car-park. Dekat kedai uncle ni, album rock tempatan re-issue yang terlaris dan dah sold-out ialah album Samarkand dari Bloodshed. Aku masih menunggu kalau ada re-issue album Satu Perjuangan dari band Saxo dan album Kelekatu Gugur Sayapnya dari Shima and The Boys.



Kaset: Aircraft- Stranger Behind (Demo)
Aircraft, Band baru yang bermain 80's  heavy metal dari Malaysia, Demo ini hanya dikeluarkan dalam format kaset dan dikeluarkan oleh label Basement Records. Mempunyai hanya 2 ahli kumpulan yang berwatak misteri, Bathurox (vocal) dan Azgtex Warrior (Gitar dan instrumen2 lain). Demo ini mempunyai 4 buah lagu heavy metal yang raw. Malang bagi aku, walkman sudah lingkup, jadi kaset ini masuk kotak dulu dan aku hanya sempat mendengar lagu mereka di youtube sahaja. Aku jangkakan demo tape ini akan mencapai harga kapitalis Israel sedikit masa lagi kerana jualan yang sangat memberansangkan di serata dunia. https://www.facebook.com/Aircraft-729882810382711/?fref=photo


Lepas shopping cd/kaset ni, aku lajak ke kedai Auntie di floor yang sama. Masa dulu2 aku banyak cari kaset2 metal dekat sini sebab aku suka cara auntie review kaset2 yang dia jual, walaupun kadang2 dia pun main hentam je. Semalam aku pegi sedikit hampa. Kedai auntie kini 80% penuh dengan lambakan tshirt dan cd metal/punk cetak rompak yang dibungkus macam cd original. Kalau dulu kaset berlambak2, sekarang ni tinggal sikit sangat. Kata suaminya, ada budak dah borong semua dan pegi jual dekat Amcorp Mall. Kebiasaannya, kaset2 ni dijual semasa flea market di Amcorp Mall pada hari Sabtu dan Ahad. Kaset rare yang harga asal RM15 boleh jual jadi RM50, dan mungkin boleh jual lagi mahal. Aku sekejap je dekat sini, kerana takda stuff yang menarik, pastu balik terus. Sekian