Thursday, 3 December 2015

HARI INI DALAM SEJARAH

Entri ini dibuat secara kebetulan. Minggu lepas aku kemas segala jenis barang aku yang berselerak. tengah cek file2 arkib personal aku, terjumpa pulak keratan akhbar pasal peristiwa hitam yang sudah genap 10 tahun berlalu. Pada hari kejadian, aku adalah salah seorang watak dalam peristiwa ini. Jadi entri kali ini aku nak merepeklah sikit2 yang aku ingat masa hari kejadian.

Pada 3 Disember 2005, telah berlangsung gig metal bersejarah di Seremban,bertempat di dewan Ceylonese, berdekatan dengan stesen komuter Seremban. Gig ini menjadi sejarah apabila diserbu pihak berkuasa dan kesemua kami dikepung bagaikan pengganas. Dan macam biasa, alasan blek metal digunakan walaupun 99% band yang bermain pada hari kejadian bukanlah band black metal. Aku dengan kawan serumah pada waktu itu pergi ke gig ini menaiki komuter dari KL Sentral ke Seremban,  niat untuk menyaksikan band lagenda Nebiras beraksi.  Pada hari kejadian, sedang berehat masa break utk Maghrib ade jugak dengar ura-ura gig kene kacau dgn pukida la, wakil rakyat la, ade yang cakap permit tak lepas la, tapi masa tu aku tak ambik port sangat sebab hari pn dah malam, takkanlah gig nak abis baru nak bising2 kan.

Lepas maghrib, crowd yang diluar dewan dipanggil masuk sebab masa tu Nebiras sudah setting sound dan bakal beraksi. Lineup Nebiras pada masa itu bolehlah dikatakan lineup klasik dengan Faridz dan Agathos Deamon (nama melayu die aku tak tau). Baru je nak start tetiba aku ternampak seorang bergaya macam wakil rakyat siap dengan baju batik masuk ke dewan dengan beberapa orang polis dan polis bepakaian preman. Dalam hati aku dah dok risau dan menjagkakan memang gig ini kantoi. Saheh, memang kantoi. Gig diserbu pihak berkuasa dalam jam 8 malam. Kami dikumpulkan dalam barisan dalam dewan, dan anggota band Nebiras terpaksa turun dari stage. Semua peralatan diperiksa, dan crowd yang membawa beg terus diselongkar pihak berkuasa. Ic kami semua dikutip dan diarahkan untuk keluar dari dewan. Bila keluar je aku tengok penuh dengan polis siap dengan shield, memang tkde jalan keluar dan kesemua kami diangkut menggunakan lori polis menuju ke balai polis Seremban II. Di balai ini kesemua kami diarahkan menjalankan ujian air kencing dan maklumat peribadi kami direkod siap dengan photoshoot. Selepas selesai ambik air kencing. kami dilonggokkan di lantai balai. Selepas tu nama sorang2 dipanggil. yang dipanggil ini konon2nye air kencing positif. dan bila nama dipanggil, automatik polis akan menggari tangan. Masa tu kalo tak silap ada beberapa crowd dari Singapura, muka2 yang aku kenal, salah sorangnye Malek As Sahar dan vocalist band Eibon. Bebudak dari singapura ini ada jugak yang urine positif walaupun berkeras cakap memang die tak ambik drugs . Lepas tu nak lagi thrill ade budak sebelah aku cakap kawan die kene panggil jugak dengan polis walaupun tak hisap rokok maupun ganja. Tengah die bercakap, nama die pun kene panggil. Panik la aku sekejap.

Dan panik aku bertambah kronik, bila member aku yang pergi gig dengan aku ni pun kene panggil jugak. Kawan aku ni memang tak isap rokok atau ambik ape2 light drugs, aku duduk serumah dengan die memang aku kenal sangat la kan. Nasib aku baik malam tu, mungkin "kuota" untuk kantoi urine sudah cukup, kami yang lain2nye dibebaskan dan dihantar semula ke dewan tempat gig berlangsung, dan waktu tu pun sudah larut malam. Sebab dah tengah malam, nak balik pun public transport smua dah tkde melainkan teksi yang mengenakan caj cekik darah. Terpaksa la aku melepak d kedai makan india (bukan mamak) yang bukak 24 jam. Masa tu aku melepak dengan 3 orang lagi crowd yang bebas, yang aku kenal sorang je, Wan (Ex vocalist band black metal hutan - Black Abyss). Terpaksa la kami melepak sampai pagi sementara menunggu train komuter beroperasi.
Nasib kawan aku sangat malang. sepanjang seminggu ditahan dalam lokap bersama dengan geng2 lain yang kantoi mereka dilayan memang macam banduan lokap, dan bagi yang berambut panjang memang lagilah malang sebab rambut smua dicukur ketika dalam lokap. Waris dan keluarga juga tidak dihubungi dan kawan aku ni nyaris2 kene buang kerja sebab seminggu tak datang kerja, nasib baiklah majikan die ini bukan melayu, dan paham situasi kes. Ujian air kencing kedua dilakukan di hospital dan masa ini memang taulah samada positif atau tak, dan kebanyakan dari crowd yang kantoi dibebaskan kerana urine test hospital memang menunjukkan urine clear, takde ambik drugs pun. Gig ini menjadi antara yang bersejarah sebab selepas peristiwa ini, pergerakan musik metal tanah melayu menjadi sedikit slow, dan kebanyakan organizer2 gig underground mula menyepi dan tidak aktif. Kalau tak silap pada masa peristiwa ini terjadi, Facebook masih belum beroperasi, jika tidak pasti ramai pak2 ustat internet dan politisi mencari nama dengan bersurah tentang kes ini. Di bawah ini aku lampirkan keratan2 akhbar dari arkib personal aku. Sekian.

Brader dalam paper ini kalo tak silap member band Farasu. Jika tak salah, die merupakan salah seorang mangsa yang kene reman dalam lokap
Berita dari akhbar percuma, The Sun
Surat kabar melayu, gambar ni masa nak naik ke lori polis. Nasib baik gambar aku tkde hahaha

Berita dari surat kabar The Star, isi berita neutral dan berbeza dengan surat kabar melayu
Ni keratan dari surat kabar "kepala bana" Harian Metro. Inilah pertama dan terakhir aku membeli surat kabar sampah ni