Sunday, 23 August 2015

Manilla Road & Edgar Allan Poe

Sudah lama tak update blog sebab kekangan masa dan kekurangan idea dan mood. Entri kali ini sedikit cerita pasal Manilla Road, sebuah band heavy metal/early epic metal dari Kansas USA yang ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Vokalis/Gitaris: Mark "The Shark" Shelton. Manilla Road pada awal kemunculannya adalah 3 piece band, bersama Scott Park (Bass) dan Rick Fisher (Drum). Nama band Manilla Road dipilih secara tidak sengaja ketika Mark dan Scott sedang mabuk-mabuk dan mereka telah cuba untuk menukar nama band ini namun tidak menjadi dan terus dikenali sebagai Manilla Road yang diterjemahkan oleh Mark sebagai Road of Light. kebanyakan lagu-lagu dan lirik ditulis oleh Mark dan berdasarkan novel-novel fantasi, kepahlawanan dan novel seram klasik dari karangan Edgar Allan Poe, HP Lovecraft dan lain lain. Walaupun Manilla Road bukanlah nama besar dalam scene heavy metal usa, namun tetap dikenali serata europe. Manilla Road juga merupakan band 80's metal yang sering disebut oleh Fenriz (Darkthrone). Nama Manilla Road juga diselitkan dalam lirik lagu Raised on Rock dari Darkthrone: " I sold my soul to Manilla Road".


Aku mula-mula tertarik dengan Manilla Road setelah mendengar lagu cult mereka bertajuk Necropolis. Slang dan suara Mark yang unik sangatlah aku suka. Album Crystal Logic, album ketiga dari Manilla Road merupakan album pertama yang aku beli, dan aku rasakan album ini merupakan album terbaik dari Manilla Road. Boleh dikatakan semua lagu sedap-sedap belaka. Album-album Manilla Road yang aku ada semuanya album re-issue dibawah label Shadow Kingdom Records.



Mystification adalah album keenam Manilla Road yang didedikasikan untuk arwah Edgar Allan Poe, dan dirilis dalam tahun 1987 Hampir separuh lagu dalam album ini adalah mengenai cerpen-cerpen Edgar Allan Poe dan secara kebetulan, aku juga meminati koleksi cerpen-cerpen horror Edgar Allan Poe. Edgar Allan Poe merupakan seorang penulis horror dan puisi klasik dari USA yang terkenal di abad ke 19. Cover album ini adalah ilham dari cerpen Poe yang bertajuk Masque of the Red Death. Kelihatan tangan Raja Pospero yang terbungkam setelah gagal membunuh Red Death. Bagi peminat Iron Maiden mesti pernah mendengar lagu Murders in the Rue Morgue, ya lagu itu juga dari cerpen Edgar Allan Poe dengan tajuk yang sama.


Manilla Road masih aktif hingga ke hari ini, dan menampilkan hanya Mark Shelton sebagai anggota asal. Dengan line-up terbaru, kini Manilla Road bukan lagi 3 piece band, dan telah mempunyai vokalis utama dan Mark hanya sebagai backup vokalis/Gitaris kerana beliau mempunyai penyakit laryngitis yang kronik dan mungkin akan mnyebabkan beliau kehilangan suara jika terus menyanyi secara serius. Bagi aku, lineup klasik Manilla Road adalah yang terbaik dan aku masih tak dapat nak terima vokalis terbaru band ni. Bagi aku selain muzik, vokal Mark "The Shark" Shelton adalah identiti Manilla Road. Sekian

Up the hammers, down the nails!


Wednesday, 5 August 2015

Paul Roland- Gaslight Tales

Paul Roland, penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, penulis dan pengkaji paranormal yang underrated dari England. Dalam bidang muzik, lagu-lagu beliau bercorakkan irama psych-pop, rock, dengan sedikit elemen baroque. Beliau juga merupakan generasi terawal dalam genre gothic rock. Paul Roland dilahirkan pada tahun 1959 dalam keluarga seni. Ibu beliau seorang pelakon teater dan bapanya merupakan seorang penulis skrip dan ini mungkin merupakan faktor utama yang menjadikan beliau seorang yang berbakat dalam dunia seni dan penulisan.
Turut digelar sebagai "The Male Kate Bush" oleh Robyn Hitchcock seorang penyanyi lagenda irama folk dari England. kebanyakan lirik-lirik lagu Paul Roland berlatar belakangkan peristiwa pada awal kurun ke 19 dan menceritakan kisah-kisah pembunuh bersiri dan sejarah penting pada zaman tersebut. Lagu-lagu beliau turut mengisahkan watak-watak dalam hikayat dongeng cult dari Brothers Grim dan novel seram dari novelis HP lovecraft, Edgar Allan Poe dan Bram Stoker. Album pertamanya dikeluarkan dalam format vinyl pada tahun 1980 bertajuk The Werewolf of London. namun beliau menggunakan nama samaran "Midnight Rags" untuk album ini dan hanya menggunakan nama Paul Roland dalam album ketiga dan seterusnya .

 

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 20 buah album dan kekal dengan konsep muzik yang sama. Beliau juga merupakan seorang penulis buku dan telah menulis lebih 30 buah buku mengenai occult, jenayah dan dunia paranormal. Di England beliau lebih dikenali sebagai penulis buku, namun di eropah beliau lebih dikenali dengan karya-karya muziknya dan dikatakan mempunyai pengikut yang tersendiri. Album Gaslight Tales ini merupakan album kompilasi yang dikeluarkan dalam tahun 2003 . mengandungi 38 lagu-lagu terpilih dari tahun 1980 hingga 1997 yang dimuatkan dalam 2 keping cd. Setiap lagu dalam album ini sangat bersesuaian dengan tema-tema liriknya, santai dan sesuai dilayan seisi keluarga. Album kompilasi ini merupakan satu2nya album Paul Roland yang aku ada dan kalau ada rezeki nak cari album yang lain pulak. sekian.