Thursday, 23 July 2015

Bulan Syawal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini sudah masuk 7 Syawal 1436 Hijrah. Blog pun lama tak update. Sudah seminggu kita menyambut Aidilfitri, mood raya juga semakin hilang. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku balik beraya ke Kampung Gajah, Perak. Cuti pun tak lama, aku ambik 1/2 day leave hari Khamis, lepas Zohor terus drive balik kampong. Hari Ahad gerak dari kampung sebab Isnin sudah kena kerja. Alhamdulillah, perjalanan smooth dan tak jem. Raya tahun ni tiada apa yang istimewa. Oleh kerana raya jatuh pada hari Jumaat, maka 2 kalilah ke masjid, jadi aku pn takda mood nak bersamping bagai. memadailah dengan kurta versi melayu yang tak berapa labuh dengan kain pelikat cap mangga.Bila umur meningkat, mood nak beraya juga mula pudar, lebih selesa duduk di rumah sahaja dan melantak lemang dan ketupat. Kawan-kawan sebaya juga makin susah untuk ditemui kerana ada yang sudah berumah tangga dan tinggal di luar kawasan.

Oleh kerana aku ni jarang-jarang balik kampung pada waktu siang, maka bila masuk je daerah kampung, aku ternampak banyak signboard baru di tepi jalan raya yang menunjukkan lorong ke makam-makam sultan dan raja raja Perak yang terdahulu. Mungkin signboard ini dipasang sebelum Sultan Nazrin, sultan Perak yang ke-35 ditabalkan. Sebelum ni aku memang tau dah makam sultan banyak di kampung aku ni tapi tak pernah tau exact location. Di suatu kawasan hutan di tepi sungai dekat kampung aku ini juga terdapat tugu memperingati JWW Birch, residen British pertama Perak yang dibunuh pada tahun 1875. Tugu ni dah macam kuburan kristian, siap dengan binaan Cross besar, dari kayu bermutu tinggi dan dipagar. Walaupun kampung aku ni memang 100% melayu dengan semangat racism yang agak menebal dikalangan orang-orang tua, tidak pernah aku dengar lagi bantahan pembinaan tugu in. Mungkin kerana ramai yang tidak menyedari kewujudannya kerana ianya terperuk di celah hutan. Lain masa, kalau balik kampung mungkin aku  akan melawat makam2 dan tugu ni, snap gambar dan akan dibuat entri blog ini, Insya Allah.

Cd2 peneman ketika memandu pulang dan balik dari kampung.













Kepada yang masih bercuti dan memandu/menunggang kenderaan, berhati-hatilah, ingatlah orang-orang yang disayang. Moga semangat ramadhan selama sebulan yang kita tempuhi sebelum ini membuatkan kita lebih baik dari sebelumnya, dan pada yang rajin berpuasa, rebutlah peluang untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan syawal ni. Puasa 6 hari bulan Syawal ini antara lainnya dapat meng-cover kecelaan puasa-puasa kita ketika ramadhan. Hadis sahih muslim meriwayatkan " Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dan diikuti dengan puasa 6 hari bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun". itulah saja coretan ringkas kali ini. Sekian