Saturday, 27 June 2015

Stok Bahan Bacaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat meneruskan ibadat puasa bagi yang beragama Islam. Entri kali ni aku nak cerita pasal beli buku online dari MphOnline. Memang lagi mudah dan tak payah susah-susah nak pegi kedai buku. Pembelian online ini juga diberi diskaun dan postage percuma. Kalau korang macam aku ni yang tak suka pegi tempat crowded dgn manusia, maka belian online amat digalakkan. Buku-buku ini aku order hari Rabu, semalam (Jumaat) buku-buku ini sudah sampai. Aku beli 5 buah buku, 1 buku kerohanian, yang lagi 4 buku lagho (fiksyen) hahaha. Berikut secara ringkas buku-buku yang aku beli.


1. Mengapa Saya Masih Memetik Gitar dari Yusuf Islam
Buku perjalanan kerohanian Yusuf Islam ni aku beli selepas membaca entri dari blogger PC Kokak  Aku ni jarang baca buku-buku kerohanian dan buku-buku agama. Cerita-cerita musician/selebriti yang revert dari kafir ke islam ni memang aku minat nak baca sebab jalan hidup orang sebegini sudah tentunya istimewa dengan ceritanya yang tersendiri jika nak dibandingkan dengan manusia yang lahirnya dalam keluarga islam. Buku ini ditulis secara ringkas namun sarat dengan perjalanan hidup beliau sebelum dan selepas bergelar islam. Aku sudah habis baca malam tadi. Bab kisah allahyarham bapanya mengucap syahadah sebelum meninggal sangat terharu la bila aku baca. Sesungguhnya hidayah itu milik Tuhan. Tiada apa yang mustahil. Aku  memang rekomend la korang beli buku ini, dan aku rasa versi English lagi best sebab ada part dalam buku terjemahan ini yang di direct-translate.  Beliau juga mention nama band nasyid Raihan dalam buku ini. Salute kepada Raihan dan muzik dakwahnya. Untuk review penuh, sila lawati blog ini: Kaboi Tanduk

2. Bercakap Dengan Jin (jilid 5) dari Tamar Jalis
Puas menunggu untuk jilid 5 ni keluar sebab jarak dari jilid 4 ke jilid 5 ni lama sangat. Aku pun tak sedar jilid 5 ni bila mula jual. Novel seram bersiri kult ini memang femes sangat dah dari tahun 90'an lagi. Kalau orang-orang negeri Perak yang baca novel ni senang mereka nak gambarkan kawasan dalam novel ini kerana pengembaraan Tamar Jalis dan Datuknya melawan puaka kebanyakkannya hanya disekitar negeri Perak. Novel bersiri ini pernah menjadi mangsa cetak rompak dan versi pirate banyak beredar di pasaran dalam akhir tahun 90'an dan semuanya sold-out juga. Sekarang ni sudah ada siri televisyen berdasarkan novel ini di Astro, tapi siri televisyen tu tak payah tengok pun takpa sebab sangat sucks, lakonan dan dialognya kaku dan tidak serius.

3. Revival dan Finder Keepers dari Stephen King
Novel Revival ni baru keluar hujung tahun 2014. Aku tak baca review pasal novel ni lagi, jadi nak ulas pun aku tak reti. Bila aku baca synopsis ringkas dekat kulit buku, macam best je. Stephen King habiskan berpuluh tahun untuk memikirkan conclusion novel ini. Memang suspen. Lagipun aku ni memang minat karya-karya Stephen King, jadi komen aku akan bias/berat sebelah. Novel yang tak best pun aku cakap best. hahaha
Finders Keepers ni pulak novel trilogi dan ianya adalah novel yang kedua. Yang pertama bertajuk Mr Mercedes yang dikeluarkan dalam tahun 2014. Bukan kisah seram tetapi kisah manusia psycho, detektif bernama Bill Hodge dan penyiasatannya. Novel ini dirilis pada 2 Jun yang lepas dan telah dijual di MPH Bookstore tidak sampai seminggu dari tarikh rilis. Di dalam novel terdahulu (Mr Mercedes) terdapat juga watak kanak-kanak yang membantu penyiasatan detektif Bill Hodges. Watak kanak-kanak adalah sangat sinonim dengan karya-karya Stephen King. Dalam Finders Keepers ini aku tak tau la sapa pulak watak penjahat. Dalam novel terdahulu, watak penjahatnya seorang remaja pyscho yang pintar. Hopefully, novel ni best macam Mr Mercedes jugak.

4. Wuthering Heights karangan Emily Bronte
Aku rasa ramai yang sudah tau betapa powernya novel klasik ini. Beribu-ribu review amatur dan profesional  boleh dibaca pasal novel ini dan pernah diadaptasi ke filem. Ratu pop british: Kate Bush, turut mencipta lagu berdasarkan novel ini yang menjadi single hitnya pada tahun 80'an. Novel  klasik ini adalah satu-satunya novel karangan Emily Bronte. Ia dirilis dalam tahun 1847 dan menggabungkan pelbagai element seperti cinta, kekejaman, sosial, moral dan kegamaan. setahun selepas dipasarkan Emily telah meninggal dunia dan beliau tidak dapat menikmati kejayaan novelnya ini. Selepas lebih 100 tahun penerbitannya baru sekarang aku berpeluang membaca novel ini. Dulu-dulu dah plan nak beli, tapi selalunya terlepas pandang. Dekat MPH harga novel ni murah je, dalam RM7 lebih. Versi ini dirilis oleh Collins Classic yang banyak mencetak semula novel-novel english klasik. Novel macam ni memang sangat mencabar untuk dihadam kerana frasa old english yang digunakan. Aku ni pulak english hampeh je, jadi kamus memang menjadi teman setia aku.

Stok bacaan aku ni mungkin takkan habis baca sampai raya nanti. Tu jela nak cerita. Lagi 1 isu,  Ringgit Malaysia (RM) sekarang ni rendah sangat, jadi kena kurangkan menjenguk ke Ebay. Payah la jugak, dengan menahan nafsu  untuk berpuasa dan menahan nafsu untuk browse Ebay. Akhir kata, kepada semua muslimin dan muslimat, selamat berjuang diucapkan, semoga perjuangan kita di bulan Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Sekian





.

Wednesday, 24 June 2015

CRAZY WORLD OF ARTHUR BROWN

Hari ini masuk hari ke 7 umat islam berpuasa. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Hari ini juga merupakan harijadi ke 73 tahun Arthur Brown, seorang penyanyi blues/rock dari England yang menubuhkan band The Crazy World of Arthur Brown pada lewat tahun 60'an. Beliau mengklasifikasikan muziknya sebagai "Psychedelic World Music" dengan elemen psychedelic rock dan blues. Beliau juga terkenal dengan penampilan yang pelik dan merupakan generasi penyambung selepas zaman Screamin Jay Hawkins. Single pertama bertajuk Fire yang dikeluarkan dalam 1968 telah melonjakkan band ini setelah lagu ini menduduki carta-carta lagu di serata negara dan turut mendapat anugerah 'Gold Disc'. Ditambah dengan persembahan live mereka yang menggila dan Arthur Brown yang ber-corpse paint sambil memakai helmet berapi (burning metal helmet). Gelaran-gelaran seperti "God of Hellfire" dan Godfather of theatrical rock adalah sinonim dengan beliau. Dikhabarkan juga, pernah terjadi beberapa perkara tidak diingini ketika persembahan apabila bajunya turut terbakar dan menyebabkan para penonton terkejut. Kebanyakan organizer konsert pada zaman itu tidak berani menjemput beliau dan bandnya untuk membuat show kerana takut akan perkara-perkara yang akan mengundang bencana seperti kebakaran. Ramai artis-artis rock/metal antaranya, Ozzy Osborne, Alice Cooper, Kiss dan Bruce Dickinson menjadikan Arthur Brown sebagai pengaruh besar dalam muzik mereka.  Bruce Dickinson dalam satu temuramah mengakui bahawa gaya vokalnya adalah dipengaruhi oleh Arthur Brown. Cara nyanyian King Diamond juga ada iras-iras Arthur Brown tapi aku tak tau la sama-ada King Diamond layan lagu-lagu Arthur Brown ke tidak.
 
 Album pertama  (re-issue cd) yang turut meng-cover lagu Screamin jay:  I Put A Spell on You
Band beliau, Crazy World of Arthur Brown tidak bertahan lama, pada penghujung 1969, band ini berpecah dan serpihan dari anggota band ini iaitu Carl Parlmer dan Vincent Crane telah menubuhkan band English rock, Atomic Rooster. Selepas perpecahan The Crazy World, beliau telah menubuhkan band project, Strangelands dan Kingdom Come dan selepas itu kembali menubuhkan The Crazy World dengan pemuzik-pemuzik baru. Selepas beberapa album, beliau telah menyepi dari dunia seni dan hanya muncul sekali-sekala untuk bermain live dan sebagai artis jemputan. Di dalam album solo Bruce Dickinson yang ketiga, The Chemical Wedding, Arthur Brown telah menjadi artis undangan untuk  membaca bait-bait syair William Blake dalam 3 buah lagu.
 Album Tantric Lover yang lebih santai dan pop

 The Amazing World of Arthur Brown yang lebih folkish. Turut meng-cover lagu Kites, originally performed by Simon Dupree and The Big Sound. Versi ori dan cover sama-sama sedap
Walaupun beliau bolehlah dianggap sebagai the living legend, beliau tidak begitu berjaya dalam karier muziknya dan beliau sendiri mengakui bahawa tiada kejayaan besar yang diperolehinya sebagai orang seni. Dalam tahun 2014, beliau terpaksa membuat "pledge campaign" untuk mengumpul dana bagi menghasilkan album baru. Sedih...bila artis yang betul-betul berbakat sanggup membuat kempen sebegini. Tidak lama selepas itu keluarlah single terbarunya bertajuk Unknown dan dimuatkan dalam album Zim Zam Zim. sebuah album bergenre psychedelic rock/pop. Di usia senjanya, Arthur Brown masih lincah di pentas dan nada vokalnya yang pelbagai masih menghiburkan peminat-peminat. 
 
Album terbaru..from the formless dept of Zim Zam Zim

 
Akhir kata, selamat menyambut harijadi ke 73 wahai pakcik Arthur Brown, teruskanlah kegilaanmu di pentas dan hiburkanlah para peminatmu. Sekian

Monday, 15 June 2015

LAGI-LAGI GILA GILA

Sekarang ini di Galeri Petronas KLCC sedang berlangsung pameran Lagi-Lagi Gila-Gila yang memaparkan lebih kurang 500 karya-karya kartunis majalah lawak Gila-Gila. Kebanyakan karya yang dipamerkan diambil dari era 80'an dan 90'an. Majalah Gila-Gila boleh dikatakan majalah kartun/komik pertama yang aku kenal kerana abang aku dahulunya seorang peminat majalah humor ulung ini . Masa aku kecik aku minat kartunis Aza dengan kartun bisu tanpa dialog yang memang mudah untuk aku paham mesejnya. Tapi segalanya tinggal kenangan. Selepas abang aku merantau ke Selangor mencari kerja, dan aku sambung belajar di Shah Alam, semua majalah Gila-Gila, Ujang dan sedikit komik Alam Perwira aku telah dibakar oleh mak aku kerana katanya sudah menjadi sarang tikus. Bila pergi ke pameran ini, memang menggamit memori, tergelak la aku sorang-sorang dekat galeri ni bila membaca kartun-kartun dan dialog lawak klasik di tahun 90'an. Kebanyakan karya di pameran ini adalah dari kartunis-kartunis legend seperti Jaafar Taib, Zunar, Aza, Ujang, Rejabhad, Fatah, Dato' Lat dan lain-lain kartunis senior yang masyhur di zaman 90'an. Juga dipamerkan lukisan draft asli tanpa dialog. Official merchandise Gila-Gila seperti Tshirt dan komik Jilid Tiga Dara Pinggitan, Aku Budak Minang, Jungle Jokes dan lain-lain turut dijual. Pameran ini akan berlangsung hingga 15 Julai nanti, dan ditutup pada setiap Isnin.

Aku pergi pameran in semalam. Sebelum tu merayau dekat flea market Amcorp Mall. Ada brader India yang jual cd dekat escalator atas tu offer aku cd Megadeth, album Peace Sells...1st press cd under Capitol Records, tapi aku tak beli walaupun harga memang munasabah sebab budget nak puasa dan raya. Sesiapa yang berminat, hari Ahad nanti boleh la ke sini, itu pun kalau masih belum terjual. Lepas penat merayau dekat flea market ni, aku naik LRT trus ke KLCC. Sampai KLCC aku naik terus ke tingkat 4, ke Petrosains. Rupa-rupanya pameran ni dekat Galeri Petronas di tingkat 3 dan bukannya Petrosains...hahaha. Aku memang noob kalau pergi tempat-tempat kapitalis elite macam KLCC ni. Lepas lenguh kaki berjalan baru la terjumpa galeri ni, dan secara tak langsung penat pun hilang. Jadi yang ada masa dan berkesempatan boleh la pergi. Masuk adalah percuma. Waktu pameran: 10.00am - 8.00pm, Selasa - Ahad. Sebelum masuk galeri ni receptionist pameran akan suruh register nama dalam buku dan kalau ada bawak bag kena simpan dalam locker yang disediakan. Boleh la bawak loved ones pergi sekali. Kalau loner cam aku ni memang merayau sorang-sorang jela. Aku ada snap sedikit gambar tapi kualiti dan angle gambar worse sebab banyak poster kartun yang besar. Aku pakai kamera talipon murahan dan sememangnya aku jenis tak reti nak tangkap gambar. Sekian
Poster di luar galeri
Ikon untuk majalah Gila Gila, Profesor Serba Tau (PST)
Yang ni baru dilukis sebab ade dialog GST ahahaha


 Karya kartunis Aza @ Abdul Razak, kartun tanpa dialog yang mudah difahami

Dinding Galeri

 Kartun Lagak A Mahmud, karya kartunis Fatah yang merupakan abang kepada komposer Manan Ngah. Siap dengan vespa ori parking kt galeri ni. Semoga pakcik Fatah cepat sembuh

Kartun English+melayu dari kartunis Long

 Karya dari Jaafar Taib yang terkenal dengan kartun Jungle Jokes
Minah Leter. Tukang leter dalam majalah Gila-Gila
 Slot Cerpen di dalam majalah Gila Gila
 Tulisan Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail di dalam Gila Gila
Karya kartunis Ujang. Seorang kartunis yang aku respek dek kerana ketabahan dan kesabarannya menghadapi ujian Tuhan yang maha berat




 Tula jela gambar yang sempat aku snap. Banyak lagi karya-karya yang aku tak sempat nk snap atau dah snap, tapi tak cantik. Nak lagi best silalah pergi pameran ini. Memang aku highly recommended


Thursday, 11 June 2015

At Home with Screamin Jay Hawkins

Screamin Jay Hawkins, dilahirkan pada tahun 1929 sebagai Jalacy J Hawkins. Merupakan pemuzik dan penyanyi blues. Beliau adalah pioneer dan boleh dikatakan godfather dalam mengetengahkan unsur-unsur horror didalam muzik dan dikatakan sbagai pencetus idea untuk genre shock rock. Alice Cooper, Kiss, Screaming lord Sutch dan Arthur Brown merupakan beberapa nama besar dalam genre rock dan blues yang dipengaruhi oleh Screamin Jay Hawkins. At Home With Screamin Jay Hawkins, merupakan album pertama beliau yang dikeluarkan dalam tahun 1958 dengan 12 buah lagu termasuk lagu-lagu cover dari artis-artis traditional pop dan r&b. Album yang sama dikeluarkan dalam bentuk cd pada tahun 2010 dengan 11 buah lagu bonus.
Minat beliau terhadap muzik dan piano adalah sejak kecil, dan pernah bercita-cita untuk menjadi penyanyi opera. Mendapat ilham untuk menggunakan nama Screamin Jay Hawkins, apabila guru vokalnya menyuruh beliau menjerit ketika latihan, 'Scream Jay...Scream...". Gaya nyanyiannya yang suka menjerit, merepek dan sangat "wild" di pentas menjadikan beliau seorang artis yang dianggap pelik pada zaman itu. Menjadi orang seni yang berkulit hitam pada zaman 50'an-60'an merupakan cabaran yang perlu ditempuhnya untuk menjadi terkenal. Sebelum menjadi artis, beliau merupakan seorang peninju amatur dan pernah memegang title champion bagi kelas middleweight. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai askar USA dan terlibat didalam perang dunia ke 2.
Selepas menjadi artis, beliau pernah mendapat kritikan keras dari National Association for the Advancement of Colored People (NAACP) kerana persembahan livenya yang dikatakan memomokkan kaum-kaum africa dengan unsur-unsur vodoo dan beraksi seperti kaum africa dengan lembing dan memakai cawat di pentas. Juga pernah dikritik oleh National Coffin Association (persatuan keranda nasional hahaha) kerana sering muncul dipentas dengan bangun dari keranda dan aksi ini seolah-olah mempermainkan kematian. Beliau mengetengahkan unsur-unsur horror dan menyelitkan lawak jenaka dalam persembahannya (fun horror). Single pertamanya, bertajuk I put a Spell On You yang dirakamkan pada tahun 1955 telah melonjakkan nama Screamin Jay Hawkins.
Pada permulaannya, lagu ini sukar untuk diterima oleh masyarakat, namun pada hari ini lebih dari 20 artis telah meng-cover lagu ini dengan pelbagai genre dan mendapat status lagu cult. Lagu ini telah tersenarai dalam Rock and Roll Hall of Fame dalam listing 500 songs that shaped Rock and Roll. Walaupun album dan lagu-lagunya tidak pernah mendapat anugerah atau tersenarai dalam carta-carta muzik, persembahan livenya sering mendapat tempat di serata eropah dan legasinya telah mempengaruhi pelbagai artis lain sehingga ke hari ini. Beliau telah meninggal dunia pada 12 Februari 2000. Pernah berkahwin sebanyak 6 kali dan dikatakan mempunyai anak lebih kurang 50 orang. 
Permulaan aku mendengar Screamin Jay Hawkins, bukanlah kerana lagu hit I Put A Spell On You tetapi lagu Frenzy yang menjadi soundtrack dalam salah satu siri drama X Files. Mungkin tidak semua orang boleh hadam lagu-lagu Screamin Jay, seperti seorang mat kpop yang tidak mungkin boleh hadam lagu-lagu Marduk....sekian.

 Frenzy.......hubrbrbrrrrr.......
 indeed....Screamin Jay has put a spell on me

Thursday, 4 June 2015

WILLIAM GOLDING- LORD OF THE FLIES

Lord of the flies merupakan novel genre dystopia klasik berstatus cult, karangan William Golding. Novel ini ditulis dalam tahun 1952-1953 dan mula berada dalam pasaran pada tahun 1954 setelah beberapa kali di-reject oleh syarikat-syarikat penerbitan. Pada permulaan diedarkan, 3000 naskah pertama mendapat sambutan dingin dengan pelbagai kritikan dan penjualan yang sangat perlahan. Namun segala-galanya berubah setelah E.M Forster, seorang novelis British yang berpengaruh pada zaman itu menamakan Lord Of The Flies sebagai sebuah novel yang outstanding. Setelah itu, jualan novel ini meningkat secara mendadak. Sehingga tahun 80'an, diberitakan bahawa novel ini telah dicetak sebanyak 1 juta naskah. Aku mendapat tahu tentang novel ini agak lambat. Maklumlah zaman dulu-dulu bukannya ada internet untuk carian info. Aku mula tertarik untuk membaca novel ini setelah Stephen King membuat ulasan tentang novel ini. Beliau mengatakan bahawa novel ini sebagai "not just entertainment, it's life or death. Nama pekan fiksyen Castle Rock dalam novel-novel Stephen King adalah pada asalnya nama kawasan berbukit di dalam novel Lord Of The Flies. Novel ini macam biasalah, kalau dah bagus, akan adalah pengarah akan mengadaptasikan novel ini kepada filem maupun teater. Filem pertama Lord Of the Flies dikeluarkan dalam tahun 1963. Pada tahun 1976, Filipina mengeluarkan filem bertajuk Alkitrang Dugo yang juga berdasarkan novel ini. Pada tahun 1990, sebuah lagi filem Lord Of The Flies dikeluarkan. Versi ini pernah ditayangkan di Tv2 dan Tv3 dalam akhir 90'an.
Novel ini sangat berpengaruh, namun arwah William Golding dalam tahun 70'an dalam satu temubual mengatakan bahawa novelnya ini ditulis dengan frasa bahasa yang biasa-biasa sahaja dan tidak menyangka bahawa akan mendapat sambutan luar-biasa. Jalan Cerita Novel ini berlatar-belakangkan era perang dunia kedua, mengisahkan sekumpulan kanak-kanak berumur lingkungan 6 -12 tahun yang terperangkap di sebuah pulau setelah kapal terbang yang dinaiki mereka di tembak oleh jet perang lalu menjunam ke pinggir pantai sebuah pulau. kebanyakan mereka selamat dan kanak-kanak yang terselamat inilah yang menjadi fokus novel ini dimana ia menceritakan bagaimana mereka menguruskan socio-politik sesama mereka tanpa pengawasan orang dewasa dan hanya bergantung kepada sebuah cengkerang hidupan laut (Conch) sebagai imuniti dan bahan suci untuk bersuara dan menyampaikan hasrat.Golding menceritakan perihal watak-watak novel ini dengan seimbang dan teratur dan dapat dirasai oleh para pembaca. Fasa pertama novel ini menceritakan pengenalan kepada setiap watak kanak-kanak. Masuk fasa kedua, bagaimana mereka merencana agenda untuk terus hidup dengan bergantung kepada hasil buruan dan unggun api. Fasa ketiga, kepincangan sesama mereka apabila mula berlaku percanggahan dan hilangnya kewarasan kanak-kanak ini akibat dari pendapat dan ego masing-masing sehingga mengakibatkan ada kanak-kanak yang terbunuh. Berikut secara ringkas watak-watak penting dan perkara yang berkaitan di dalam novel ini.

1 Ralph: Seorang kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun. Watak pertama yang dikenalkan di dalam novel ini. Seorang yang tegas dan berfikiran luas namun kurang idea untuk merencanakan sesuatu. Beliau telah dilantik sebagai ketua dengan sokongan Piggy. Beliau sangat yakin bahawa bapanya, seorang tentera laut akan datang untuk menyelamatkan mereka. Di fasa akhir novel ini, beliau telah keseorangan setelah Piggy dibunuh dan hilang tempat bergantung. Beliau menjadi sasaran jack Merridew untuk diburu dan dibunuh.

2 Piggy: Seorang kanak-kanak gempal, berkacamata dan sangat pintar. Beliau merupakan mastermind didalam mengeluarkan idea-idea dan perancangan kepada Ralph. selain "conch", cermin mata Piggy adalah alat penting bagi mereka menyalakan api dengan menggunakannya sebagai pemantul cahaya matahari. Walaupun sering diherdik oleh Ralph, beliau tetap setia menyokong Ralph. Sebelum kematiannya, beliau, Ralph dan kembar Sam & Eric telah pergi ke kawasan Jack Merridew dan gengnya. Mereka ke sana untuk menuntut cermin mata Piggy yang dicuri Jack pada malam sebelumnya. Setelah berlaku pertengkaran dan pergaduhan diantara Ralph dan Jack, Roger telah menolak bongkah batu besar lalu menghempap Piggy dan menyebabkan beliau terbunuh.  

3 Jack Merridew: Seorang kanak-kanak yang berumur lingkungan sebaya dengan Ralph. Seorang kanak-kanak yang ego, bengis dan pentingkan diri sendiri. Merupakan saingan kuat Ralph untuk menjadi ketua. Beliau telah menubuhkan gengnya sendiri yang digelar "Hunters". watak beliau lebih menonjol apabila berjaya memburu dan membunuh babi untuk dijadikan makanan dan kanak-kanak lain menganggap ianya sebagai sesuatu yang cool. Kegilaan Jack menjadi-jadi setelah beliau dan rakan-rakan membunuh Simon, Piggy dan kemudiannya merancang untuk membunuh Ralph. Beliau pernah menentang Ralph untuk menjadi ketua dengan alasan beliau adalah ketua choir di sekolah dan beliau boleh menyanyi dalam nada "C sharp".

4 Roger: Kanak-kanak ini menjadi orang setia Jack dan seorang yang akan melakukan apa sahaja yang disuruh Jack. Beliau bertanggungjawab atas kematian Piggy. dan seorang yang disifatkan sebagai sadis.

5 Simon: Seorang kanak-kanak yang suka berkhayal dan menyendiri. Mempunyai peribadi yang bijak dan pandai berfikir untuk keseimbangan kehidupan mereka dan menolak segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Jack. Beliau merupakan satu-satunya kanak-kanak yang berkhayal berjumpa dengan Lord Of The Flies yang berkata-kata kepadanya dalam separa sedar. Jack dan gengnya telah membunuh Simon kerana menyangka Simon adalah monster, setelah Simon merangkak pada waktu malam masuk ke kumpulan Jack yang sedang meraikan kejayaan mereka memburu babi.

6 Sam & Eric (twin brothers): kembar ini watak neutral yang tidak banyak membantah. berumur lingkungan 6-7 tahun. kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan mencari kayu api dan memastikan bahawa api terus bernyala. mereka orang terakhir bersama Ralph sebelum dipaksa oleh Jack untuk turut serta menjadi geng hunters.

Di dalam novel ini, dialog-dialog juga sangat kebudak-budakan dan ianya sangat sesuai dengan watak-watak dalam novel ini yang semuanya kanak-kanak. Pengkritik-pengkritik novel merumuskan pelbagai metafora dari novel ini yang sinonim dengan lumrah sifat manusia. Di akhir cerita, kebanyakan kawasan pulau telah dibakar oleh Jack dan gengnya, dengan tujuan untuk menghalau Ralph dari tempat persembunyian. Ketika Ralph hilang arah tuju melarikan diri, beliau telah terserempak dengan seorang yang lengkap dengan uniform tentera laut di pinggir pantai. Ralph menangis, dan segalanya berakhir. ahli hunters juga kelihatan seperti baru tersedar dari mimpi ngeri, dan kebanyakan mereka turut menangis apabila melihat Ralph dan tentera-tentera laut yang datang untuk menyelamatkan mereka. TAMAT

".....Ralph wept for the end of innocence, the darkness of man's heart, and the fall through the air of the true, wise friend called Piggy"

Kisah Aku dan Jack Merridew
Dizaman kanak-kanak, aku seorang budak yang membesar dalam suasana kampung yang pure, permainan harian kami seperti mandi sungai, tangkap ikan dalam paya, main guli, gasing dan lain-lain. Salah seorang kawan aku ini dari kecil memang seorang yang menonjol dikalangan kami. Bolehlah dikatakan bahawa perangai beliau ini seperti watak Jack Merridew dalam novel ini. Sahabat aku ini pandai berenang, menangkap ikan, bergaduh, mencarut, mencuri basikal dan pelbagai perkara lain yang kanak-kanak fikirkan "cool". mempunyai karisma yang kuat untuk menjadi hero dikalangan kanak-kanak. Beliaulah yang pertama mencuba untuk menghisap rokok, menonton tape blue, dan yang pertama memakai basikal bmx dengan sportrim. Kelakuannya dari kecil memang counter-culture. Bila membaca novel Lord of the Flies ini, tatkala watak Jack Merridew muncul, maka terbayanglah aku akan sahabat ku ini dizaman kami masih berhingus. Berpuluh tahun berlalu, sekarang beliau masih di kampung dan terlibat dengan masalah rumahtangga, dadah dan jenayah. Memang sudah dijangka dari dahulu lagi bahawa beliau mungkin tidak akan jadi "manusia". Hubungan persahabatan aku dengan beliau tidak putus dan aku harap suatu hari beliau akan berubah secara total walaupun harapan untuk beliau berubah sangat tipis. Bagaimana dengan anda?, wujudkah watak Ralph, Piggy, maupun Jack semasa zaman kanak-kanak anda? atau anda sendiri pernah menjadi Ralph, Piggy atau Jack.