Thursday, 3 December 2015

HARI INI DALAM SEJARAH

Entri ini dibuat secara kebetulan. Minggu lepas aku kemas segala jenis barang aku yang berselerak. tengah cek file2 arkib personal aku, terjumpa pulak keratan akhbar pasal peristiwa hitam yang sudah genap 10 tahun berlalu. Pada hari kejadian, aku adalah salah seorang watak dalam peristiwa ini. Jadi entri kali ini aku nak merepeklah sikit2 yang aku ingat masa hari kejadian.

Pada 3 Disember 2005, telah berlangsung gig metal bersejarah di Seremban,bertempat di dewan Ceylonese, berdekatan dengan stesen komuter Seremban. Gig ini menjadi sejarah apabila diserbu pihak berkuasa dan kesemua kami dikepung bagaikan pengganas. Dan macam biasa, alasan blek metal digunakan walaupun 99% band yang bermain pada hari kejadian bukanlah band black metal. Aku dengan kawan serumah pada waktu itu pergi ke gig ini menaiki komuter dari KL Sentral ke Seremban,  niat untuk menyaksikan band lagenda Nebiras beraksi.  Pada hari kejadian, sedang berehat masa break utk Maghrib ade jugak dengar ura-ura gig kene kacau dgn pukida la, wakil rakyat la, ade yang cakap permit tak lepas la, tapi masa tu aku tak ambik port sangat sebab hari pn dah malam, takkanlah gig nak abis baru nak bising2 kan.

Lepas maghrib, crowd yang diluar dewan dipanggil masuk sebab masa tu Nebiras sudah setting sound dan bakal beraksi. Lineup Nebiras pada masa itu bolehlah dikatakan lineup klasik dengan Faridz dan Agathos Deamon (nama melayu die aku tak tau). Baru je nak start tetiba aku ternampak seorang bergaya macam wakil rakyat siap dengan baju batik masuk ke dewan dengan beberapa orang polis dan polis bepakaian preman. Dalam hati aku dah dok risau dan menjagkakan memang gig ini kantoi. Saheh, memang kantoi. Gig diserbu pihak berkuasa dalam jam 8 malam. Kami dikumpulkan dalam barisan dalam dewan, dan anggota band Nebiras terpaksa turun dari stage. Semua peralatan diperiksa, dan crowd yang membawa beg terus diselongkar pihak berkuasa. Ic kami semua dikutip dan diarahkan untuk keluar dari dewan. Bila keluar je aku tengok penuh dengan polis siap dengan shield, memang tkde jalan keluar dan kesemua kami diangkut menggunakan lori polis menuju ke balai polis Seremban II. Di balai ini kesemua kami diarahkan menjalankan ujian air kencing dan maklumat peribadi kami direkod siap dengan photoshoot. Selepas selesai ambik air kencing. kami dilonggokkan di lantai balai. Selepas tu nama sorang2 dipanggil. yang dipanggil ini konon2nye air kencing positif. dan bila nama dipanggil, automatik polis akan menggari tangan. Masa tu kalo tak silap ada beberapa crowd dari Singapura, muka2 yang aku kenal, salah sorangnye Malek As Sahar dan vocalist band Eibon. Bebudak dari singapura ini ada jugak yang urine positif walaupun berkeras cakap memang die tak ambik drugs . Lepas tu nak lagi thrill ade budak sebelah aku cakap kawan die kene panggil jugak dengan polis walaupun tak hisap rokok maupun ganja. Tengah die bercakap, nama die pun kene panggil. Panik la aku sekejap.

Dan panik aku bertambah kronik, bila member aku yang pergi gig dengan aku ni pun kene panggil jugak. Kawan aku ni memang tak isap rokok atau ambik ape2 light drugs, aku duduk serumah dengan die memang aku kenal sangat la kan. Nasib aku baik malam tu, mungkin "kuota" untuk kantoi urine sudah cukup, kami yang lain2nye dibebaskan dan dihantar semula ke dewan tempat gig berlangsung, dan waktu tu pun sudah larut malam. Sebab dah tengah malam, nak balik pun public transport smua dah tkde melainkan teksi yang mengenakan caj cekik darah. Terpaksa la aku melepak d kedai makan india (bukan mamak) yang bukak 24 jam. Masa tu aku melepak dengan 3 orang lagi crowd yang bebas, yang aku kenal sorang je, Wan (Ex vocalist band black metal hutan - Black Abyss). Terpaksa la kami melepak sampai pagi sementara menunggu train komuter beroperasi.
Nasib kawan aku sangat malang. sepanjang seminggu ditahan dalam lokap bersama dengan geng2 lain yang kantoi mereka dilayan memang macam banduan lokap, dan bagi yang berambut panjang memang lagilah malang sebab rambut smua dicukur ketika dalam lokap. Waris dan keluarga juga tidak dihubungi dan kawan aku ni nyaris2 kene buang kerja sebab seminggu tak datang kerja, nasib baiklah majikan die ini bukan melayu, dan paham situasi kes. Ujian air kencing kedua dilakukan di hospital dan masa ini memang taulah samada positif atau tak, dan kebanyakan dari crowd yang kantoi dibebaskan kerana urine test hospital memang menunjukkan urine clear, takde ambik drugs pun. Gig ini menjadi antara yang bersejarah sebab selepas peristiwa ini, pergerakan musik metal tanah melayu menjadi sedikit slow, dan kebanyakan organizer2 gig underground mula menyepi dan tidak aktif. Kalau tak silap pada masa peristiwa ini terjadi, Facebook masih belum beroperasi, jika tidak pasti ramai pak2 ustat internet dan politisi mencari nama dengan bersurah tentang kes ini. Di bawah ini aku lampirkan keratan2 akhbar dari arkib personal aku. Sekian.

Brader dalam paper ini kalo tak silap member band Farasu. Jika tak salah, die merupakan salah seorang mangsa yang kene reman dalam lokap
Berita dari akhbar percuma, The Sun
Surat kabar melayu, gambar ni masa nak naik ke lori polis. Nasib baik gambar aku tkde hahaha

Berita dari surat kabar The Star, isi berita neutral dan berbeza dengan surat kabar melayu
Ni keratan dari surat kabar "kepala bana" Harian Metro. Inilah pertama dan terakhir aku membeli surat kabar sampah ni

Tuesday, 24 November 2015

ROYAL BELUM- REVISITED



gambar map cilok dr "Google"
 
Pada tanggal 7 nov - 10 Nov 2015 yang lepas, aku telah berkampung di pedalaman hutan dara Royal Belum yang terletak di dalam daerah Grik di Utara Perak. Trip kali ini merupakan kali ketiga aku ke sini. Trip kali ini akan diingati sebagai trip paling mencabar mental dan fizikal. Jemaah trip kali ini adalah seramai 22 orang dan ditemani oleh 2 orang guide berlesen. Boleh dikatakan kesemua jemaah adalah pemancing tegar dari pelbagai latar-belakang. Bagi aku pula, selain dari memancing, trekking dan bercamping jauh ke pedalaman hutan begini memberi ketenangan walaupun terpaksa berjalan berkilometer di dalam hutan dengan pelbagai risiko. Tulisan aku ni sikit2, je, jadi layan gambo je la.

Sebelum aku sambung cerita, berikut adalah secara ringkas tentang Royal Belum.
Royal Belum merupakan antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan dikatakan lebih tua dari hutan amazon. Sebahagian hutan Royal Belum/Temenggor ini merangkumi hingga sempadan Thailand dan bersempadan dengan negeri Kelantan. Hutan Royal belum ini diwartakan di bawah enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak. Di dalam taman negeri Royal Belum ini, kalau tak silap, hanya kaum orang asli suku Jahai sahaja yang menetap di hutan ini dan mereka juga adalah sebahagian dari khazanah Royal Belum. Setelah diwartakan dalam tahun 2003, beberapa buah kem askar telah diwujudkan di dalam hutan ini untuk menjaga khazanahnya dari diceroboh. Orang awam yang ingin trekking, camping atau membuat kajian di sini hendaklah memohon kebenaran dari jabatan taman negeri dan haruslah ditemani guide yang berdaftar dengan jabatan dan jika ingin trekking lebih jauh, pengunjung perlu membawa renjer hutan bersama. Pada zaman komunis sekitar tahun 60'an, hutan Belum ini merupakan salah satu kem terbesar mereka dan diwartakan sebagai kawasan hitam pada zaman itu. Hutan Royal Belum ini kaya dengan flaura dan faunanya, namun bagi aku, pemburu2 haram dan sindiket underground yang mengaut hasil dari hutan ini tidak dapat dikawal dek kerana tebal dan luasnya hutan Royal Belum ni.

Hari pertama (7 Nov 2015)
Perjalanan kami bermula dari homestay di Felda Bersia yang tidak jauh dari jeti awam Pulau Banding. Di homestay ini, semua jemaah berkumpul untuk persiapan seperti mengagih-agihkan bahan mentah untuk makanan dan umpan memancing. Kebanyakan kami sampai pada malam hari jumaat hingga ke pagi sabtu. Lebih kurang jam 9 pagi kami bergerak ke jeti yang merupakan kawasan official permulaan trip kami. Dari jeti ini kami menaiki bot, berhenti di 2 checkpoint dan selepas itu bot terus bergerak sebelum bot diparking di pinggir sungai Kejar, dan trekking pun bermula. Sebelum start trekking, pengerusi trip telah memberi sedikit peringatan dan membacakan doa ringkas. Trekking kami bermula jam 11.40 pagi. Tempat yang nak dituju ini bernama Kajang, lebih kurang 13/14 km jarak dari tempat bermula trekking. Kebiasaannya dalam 4 jam kami boleh sampai ke kem ini, tapi oleh kerana ada masalah cuaca dan banyak pokok  yang tumbang, kami terpaksa melencong dari track asal dan mencari jalan lain, dan pada waktu itu hujan turun lebat. Group dibahagi 2, aku dalam group pertama dan sampai di basecamp tepat jam 7.30 malam. Khemah ringkas didirikan setelah sampai kerana dalam keadaan gelap gelita dan hujan lebat tak banyak perkara dapat dilakukan, ditambah pulak dengan kepenatan setelah berjalan jauh.

Pembahagian bahan mentah (makanan). Telah dibahagikan kepada jumlah jemaah trip, jadi tak boleh ngelat. smua kene ambik bahagian masing-masing.
Serbuk minuman energy, produk dari Indonesia. Campurkan dengan air sungai dan sedia untuk diminum. Takde cop halal maupun cop pengesahan dari kementerian kesihatan ye
 Muka masing-masing masih ceria. Waktu ni tengah menunggu bot di jeti



2 bijik bot digunakan untuk membawa kami seramai 22 orang


Berhenti di checkpoint untuk pengesahan dokumen sebelum perjalanan menaiki bot diteruskan
Di sinilah trekking bermula. Segala peralatan diperiksa sebelum mula menapak masuk ke dalam hutan
Selepas penerangan ringkas dan sedikit bacaan doa, maka bermulalah episod berjalan kaki

Berhenti rehat di pit-stop yang pertama. muka masing2 menggambarkan macam2 perasaan hehehe
Berhenti rehat di pit-stop yang kedua. Di sini kami berehat lebih lama. Sempat untuk solat jamak sebelum meneruskan perjalanan
Masih mampu tersenyum....soalan wajib ketika ini.."jauh lagi ke"...hehehe
 
Menunggu Jemaah dari group kedua yang sedikit jauh di belakang

Selepas pit-stop kedua, perjalanan diteruskan dan bermulalah cabaran sebenar, trekking dalam hujan lebat, trek yang terhalang dek pokok tumbang, kegelapan dan bau-bauan binatang buas kadang-kala menyerikan perjalanan. Pada waktu ini, pacat menjadi teman setia kami. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai di base-camp dengan keadaan basah kuyup.

Hari kedua (8 Nov 2015)
Sungai di depan base camp kami seperti "teh tarik". Hujan lebat di hulu sungai telah menyebabkan jeram menjadi kotor dengan membawa segala jenis lumpur, tunggul2 kayu dan sampah. Semangat untuk memancing sedikit luntur kerana ketika air begini, ikan amatlah sukar untuk dipancing. Aktiviti pagi hanya makan, memasang khemah dan memancing secara sambilan sahaja di depan base camp. hanya 2 ekor ikan kecil berjaya dipancing pada siang hari. Bila petang, cuaca bertambah baik dan kami terus berharap agar hujan tidak turun lagi. Alhamdulillah, sehingga malam, hujan tidak turun dan hasil pancingan makin bertambah. Kelah pertama seberat 2kg+ berjaya dipancing pada malam harinya dengan menggunakan umpan sebiji sawit.

Air sungai yang sepatutnya jernih kini telah bertukar menjadi "teh tarik", disebabkan oleh hujan lebat pada malam sebelumnya
Kerja-kerja menaik taraf tempat tinggal dilakukan pada hari kedua
Pengerusi trip merangkap master chef sedang menyediakan sarapan untuk Jemaah-Jemaah


"mahligai" yang siap terbina pada hari kedua dan menjadi penginapan kami untuk 2 hari berikutnya

Hari ketiga (9 Nov 2015)
Perbincangan dibuat pada malam sebelumnya untuk merancang strategi untuk trekking memancing di lubuk hilir sungai, di kawasan bernama Sanghur dan lagi 1 group naik ke hulu sungai ke kawasan bernama Laho.  Pada paginya, aku dengan 3 orang lagi jemaah lain telah trekking ke hulu sungai. Air sungai pada hari ketiga sedikit cantik berbanding dari hari kedua, namun ikan masih mengunci mulut, mungkin kerana perubahan suhu air, ikan-ikan masih tidak aktif dan kebanyakan pemancing yang menggunakan umpan tiruan gagal mendapatkan hasil yang diinginkan . Dalam trip ini aku menggunakan teknik "fly fishing" @ pancing layang yang baru dipelajari. Alhamdulillah, berjaya jugak aku mencungkil seekor ikan Tengas Daun dari lubuk sungai yang deras dan berlumpur, dan ianya menjadi ikan tunggal aku dalam trip ini. Para pemancing lain yang mengamalkan teknik pancingan berumpankan buah sawit boleh dikatakan berjaya mendapat hasil yang agak memuaskan. Hari ketiga selesai dengan cuaca yang sangat baik hingga ke malam.


Ikan Tengas Daun ini merupakan ikan tunggal aku untuk trip ini yang berjaya dipancing menggunakan set pancing layang 5wt berumpankan beadhead nymph #10
Hasil keseluruhan untuk dinikmati oleh 22 orang Jemaah. walaupun tak banyak tapi cukup. Alhamdulillah
"Pemancing Misteri" dengan ikan kelah bersaiz "kasar". Dia ni pnye ilmu pancingan ikan sungai pergunungan memang hebat. Juga arif dengan selok-belok lubuk-lubuk di Royal Belum
Ikan Kejor saiz sedap makan
Keseluruhan tangkapan pada hari ketiga. Ikan pertama dalam gambar ini adalah kelah merah. manakala yang lain2 tu ikan tengas batu, kejor dan tengas daun. majoriti tangkapan ini dipancing menggunakan umpan sawit. Kebanyakan ikan yang tidak mencapai saiz idaman atau terlalu besar dilepaskan untuk menjaga tumbesaran spesis tersebut. Ikan kelah contohnya mengambil masa bertahun2 untuk mencapai umur matang. Konservasi  dan kaedah "tangkap & lepas" adalah salah satu cara mengawal populasi ikan ini.
Najis gajah fresh. terjumpa semasa trekking ke hulu sungai
Lantern Bugs. Nama melayunya aku tak tau.Menurut guide, serangga unik ini hanya terdapat di pohon yang sebatang ni je. Di pokok lain mungkin ada tapi susah nak Nampak

Menu makan malam yang ketiga. Tengas masak stim dan grill ala2 thai. Sedap ya rabbi. Kalo dekat kedai makan menu macam ni memang boleh cecah harga ratus-ratus

Hari keempat (10 Nov 2015)
Hari keempat merupakan hari akhir kami di sini. Setelah 2 hari hujan tidak turun, air sungai menjadi lebih cantik, ikan-ikan mula menampakkan kelibat di gigi air, namun tidak banyak kami boleh lakukan kerana kami harus bersiap/berkemas untuk balik ke pangkal jalan. Ada jemaah yang tegar, tetap meneruskan aktiviti memancing di awal pagi dan beberapa ekor ikan tengas dan sebarau berjaya didaratkan sebelum dilepaskan kembali. Tepat jam 11 pagi, kebanyakan kami telah siap berkemas dan perjalanan balik ke pangkal jalan diteruskan.

Air Sungai yang sebelumnya seperti teh tarik, kembali kepada warna asal pada hari keempat kerana cuaca sangat baik pada hari sebelumnya
Sarapan pagi yang mewah pada hari keempat. Nasi lemak + sambal ikan bilis petai+ kari sardin + telur goreng
Group photo sebelum berangkat pulang. Mission accomplished walaupun cuaca kurang baik

Perjalanan balik juga melalui trek hutan yang sama, namun kali ini semua jemaah boleh jalan laju2 sebab beban beg sudah berkurangan jika nak dibandingkan dengan beban semasa pergi

Presiden merangkap mastermind dan master chef yang membuat segala perancangan sehingga misi selesai dengan jayanya. Terima kasih chief!!!
 
Majlis jamuan perpisahan selepas semua selamat keluar dari hutan. Moga berjumpa lagi

Kesimpulan.
Bagi para pemancing dan pencinta alam yang gemar dengan aktiviti begini, hutan Royal Belum merupakan tempat yang harus dikunjungi, Insya-Allah anda tidak akan kecewa dan akan merindui saat-saat berada di sini dan mungkin akan memasang niat untuk kembali lagi. Aku sangat berterima kasih kepada pengerusi dan jemaah lain dalam trip ini yang kesemuanya mempunyai semangat "brotherhood" yang tinggi walaupun kebanyakan dari kami tidak pernah bersua sebelumnya. Sebaik pulang, trip untuk tahun depan telah dirancang, dan kemungkinan akan tinggal di sini lebih lama lagi. Semoga perancangan ini sukses. Sekian

Tuesday, 27 October 2015

Old-School Metal

Sudah sangat lama tak update blog ni, bukan kerana tiada masa, tapi lebih kepada tiada material yang mahu diceritakan dan kurang mood. Krisis matawang dan ketidakstabilan ekonomi sangat memberi kesan dalam perbelanjaan aku sekarang ni, sampaikan nak order cd, buku semua pun kena buat kiraan dulu. Hanya 2 album sahaja dibeli buat masa ini. Bila bercerita masalah ekonomi dan politik Malaysia ni buat aku mual dan rasa nak mencarut. Sebelum aku merepek dengan lebih panjang lebar, berikut adalah 2 album yang bertemakan muzik metal old- school yang sangat sesuai dengan emosi aku pada waktu ni.



Deathhammer- Evil Power
Deathhammer, merupakan band dari Norway yang bermain old-school Thrash Metal. Album Evil Power ni adalah album terbaru dari mereka yang diriliskan dalam bulan Jun lepas dengan 8 buah lagu. Album ini  merupakan full album mereka yang ke 4 kalau tak silap. CD ni aku beli dkt Amcorp Mall bulan lepas. Masa tu dekat ground floor sunday flea market ade ramai org jual stuff metal. Belek-belek semua cd dan kaset, last2 terjumpa cd ni dan terus bayar kerana album ni memang dalam wanted list aku. Masa ni aku tak stay lama sebab takut poket kering plak, jadi lepas beli terus blah. Corak muzik old-school thrash/black metal ala2 Sabbat (Jpn) dan vocal juga seiras style Gezol dan kadangkala jeritan vokalis sedikit macam bunyi keldai.
Wajah-wajah monster yang sangat ugly
Deathhammer mengakui bahawa muzik mereka banyak dipengaruhi oleh Bathory, Sabbat dan band2 Teutonic Thrash German. Sound yang fast, raw dan unpolished membuatkan kepala banging secara tiba-tiba...hahaha . Lirik pula berorientasikan kesyaitanan dan dunia gelap. Anggota tetap band ni hanya 2 orang, Sargeant Slaughter Salsten (Bass & Vocal) dan Sadomancer (Guitar & Drum). Cover album Evil Power ini juga ugly dan bersesuaian dengan  muzik dan imej Deathhammer. Maskot yang sama juga ada dalam cover-cover album terdahulu. Bagi peminat2 muzik Black/Thrash, Old-school Thrash, sila dapatkan album ini. Enjoy! Untuk review yang lengkap dan lebih mantap bagi album terdahulu, sila layari blog nekrobanger.blogspot.my



Acid- Maniac
Acid merupakan band old-school heavy metal dari Belgium yang aktif di tahun 80'an dan mereka pernah merakamkan 3 buah album. Maniac adalah album kedua Acid yang dirilis pada tahun 1983 dan merupakan album yang melonjakkan nama band ni dalam arena 80's heavy metal. Album ketiga mereka, Engine Beast merupakan album terakhir yang dirilis dalam tahun 1985 sebelum band ini terkubur.

Vocalist Acid, Kate De Lombaert adalah seorang perempuan dengan vocal yang sangat heavy metal. Kate juga merupakan antara  vokalis metal perempuan yang terawal namun nama beliau tidaklah menonjol berbanding Doro yang bersama band Warlock pada era itu. Lirik-lirik lagu di dalam album2 Acid berkisar tentang dunia black magic dan Occultism. Cd Album Maniac ini adalah rilisan semula di bawah label Cherryred yang dikeluarkan dalam bulan Ogos lepas dan terdapat 3 buah lagu bonus dan dengar cerita label ini telahpun merilis semula kesemua 3 album Acid. Page dalam album re-issue ini dipenuhi interview bersama anggota2 asal Acid dan kebanyakannya menceritakan sejarah Acid sehingga band ini RIP. Dari segi muzik, boleh dikatakan pengaruh motorhead dan NWOBHM sangat menebal dalam setiap lagu. Jika ACID dilahirkan di USA, aku rasa band ini mungkin akan lebih dikenali. Dalam Keep It True Festival  di German dalam tahun 2010, Kate telah menjadi special guest dengan menyayikan lagu killer Acid iaitu Max Oveload. Kerana lagu Max Overload inilah yang mendorong aku untuk mendapatkan album "killer" ini.
.

Sunday, 23 August 2015

Manilla Road & Edgar Allan Poe

Sudah lama tak update blog sebab kekangan masa dan kekurangan idea dan mood. Entri kali ini sedikit cerita pasal Manilla Road, sebuah band heavy metal/early epic metal dari Kansas USA yang ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Vokalis/Gitaris: Mark "The Shark" Shelton. Manilla Road pada awal kemunculannya adalah 3 piece band, bersama Scott Park (Bass) dan Rick Fisher (Drum). Nama band Manilla Road dipilih secara tidak sengaja ketika Mark dan Scott sedang mabuk-mabuk dan mereka telah cuba untuk menukar nama band ini namun tidak menjadi dan terus dikenali sebagai Manilla Road yang diterjemahkan oleh Mark sebagai Road of Light. kebanyakan lagu-lagu dan lirik ditulis oleh Mark dan berdasarkan novel-novel fantasi, kepahlawanan dan novel seram klasik dari karangan Edgar Allan Poe, HP Lovecraft dan lain lain. Walaupun Manilla Road bukanlah nama besar dalam scene heavy metal usa, namun tetap dikenali serata europe. Manilla Road juga merupakan band 80's metal yang sering disebut oleh Fenriz (Darkthrone). Nama Manilla Road juga diselitkan dalam lirik lagu Raised on Rock dari Darkthrone: " I sold my soul to Manilla Road".


Aku mula-mula tertarik dengan Manilla Road setelah mendengar lagu cult mereka bertajuk Necropolis. Slang dan suara Mark yang unik sangatlah aku suka. Album Crystal Logic, album ketiga dari Manilla Road merupakan album pertama yang aku beli, dan aku rasakan album ini merupakan album terbaik dari Manilla Road. Boleh dikatakan semua lagu sedap-sedap belaka. Album-album Manilla Road yang aku ada semuanya album re-issue dibawah label Shadow Kingdom Records.



Mystification adalah album keenam Manilla Road yang didedikasikan untuk arwah Edgar Allan Poe, dan dirilis dalam tahun 1987 Hampir separuh lagu dalam album ini adalah mengenai cerpen-cerpen Edgar Allan Poe dan secara kebetulan, aku juga meminati koleksi cerpen-cerpen horror Edgar Allan Poe. Edgar Allan Poe merupakan seorang penulis horror dan puisi klasik dari USA yang terkenal di abad ke 19. Cover album ini adalah ilham dari cerpen Poe yang bertajuk Masque of the Red Death. Kelihatan tangan Raja Pospero yang terbungkam setelah gagal membunuh Red Death. Bagi peminat Iron Maiden mesti pernah mendengar lagu Murders in the Rue Morgue, ya lagu itu juga dari cerpen Edgar Allan Poe dengan tajuk yang sama.


Manilla Road masih aktif hingga ke hari ini, dan menampilkan hanya Mark Shelton sebagai anggota asal. Dengan line-up terbaru, kini Manilla Road bukan lagi 3 piece band, dan telah mempunyai vokalis utama dan Mark hanya sebagai backup vokalis/Gitaris kerana beliau mempunyai penyakit laryngitis yang kronik dan mungkin akan mnyebabkan beliau kehilangan suara jika terus menyanyi secara serius. Bagi aku, lineup klasik Manilla Road adalah yang terbaik dan aku masih tak dapat nak terima vokalis terbaru band ni. Bagi aku selain muzik, vokal Mark "The Shark" Shelton adalah identiti Manilla Road. Sekian

Up the hammers, down the nails!